IKLAN KORAHMAH & IKIMFM

Tuesday, October 29, 2013

DERMA INFAQ UNTUK ASRAMA TAHFIZ


Assalamualaikum..Sebuah Asrama Tahfiz 2 tingkat berdinding separa konkrit dengan keluasan lantai lk 2400 kp amat perlu diperbaiki terutama lantai dan dinding kayu tingkat atas. Kejadian kebakaran asrama berdinding kayu di Kedah menyebabkan kematian pelajar tahfiz baru baru ini menginsafkan kita betapa perlunya asrama spt ini dibaik pulih kepada lantai dan dinding konkrit. Anggaran kos diperlukan lk RM90k dan dicadang diubahsuai ketika musim cuti sekolah akan datang namun ianya bergantung jumlah sumbangan yang diterima. Kepada rakan fb yg ingin menderma menambah saham akhirat bagi menaiktaraf asrama tahfiz di MATRI ini bolehlah salurkan infaq anda kepada tabung Amal Jariah Umum Matri atas nama AJRUN diakaun BIMB: 9010010051460. Tel pejabat; 04-9381155 utz Zainuddin 


 
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “.Surat Al-Munafiqun: Ayat 10

Wednesday, February 20, 2013

SAMBUTAN JUBLI PERAK MA'HAD ATTARBIYAH ALISLAMIYAH (MATRI)




Kini genaplah usia 25 tahun Ma'had Attarbiyah AlIslamiyah (MATRI) dan akan menyambut Jubli Perak(1987-2013) pada 29/8/2013 hingga 1/9/2013. Matri telah diasaskan oleh Al Marhum Syeikh Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain
bermula dengan sebuah Surau, pejabat dan kelas berdinding papan , kini MATRI telah berubah kepada sebuah kompleks pendidikan dari darjah 1 hinggalah ke tingkatan 6 melibatkan lebih 1000 pelajar. Banyak bangunan baharu telah didirikan kebanyakannya hasil derma orang ramai.
(sila layari video koporat Matri di sebelah kanan)
MATRI telah melahirkan ribuan graduan yang kini telah menjawat pelbagai bidang samada sebagai Ustaz , Doktor, Guru, Jurutera, Usahawan dan pelbagai bidang yang lain. Mereka telah banyak membantu untuk menyebarkan Islam sebagai Deen untuk semua umat di atas mukabumi ini.  Matri juga mengekalkan statusnya mengambil kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia disamping menambah subjek Dinniah agar melahirkan graduan yang terisi ilmu dunia dan akhirat. Walaupun Maahad ini dibina dan dibangunkan hasil sumbangan orang ramai tetapi ianya telah berjaya melalui pelbagai halangan dan rintangan hingga kehari ini.Bagi meneruskan usaha melahirkan para pendakwah dalam pelbagai bidang ini, maka sumbangan berterusan drp. pihak kerajaan atau syarikat malah orang persaorangan amat diperlukan.Yuran yang minima hanya sekadar membayar gaji guru manakala untuk aktiviti lain dan pembangunan amat memerlukan kewangan drp.pihak luar. Oleh itu aktiviti seperti berikut akan diteruskan:
1.Mengumpul dana dan sumbangan derma bagi membantu dan menghayati program penghayatan Islam.
2.Membantu dan membiayai pengurusan dakwah dan tarbiyah Islamiyah.
3.Menerbit dan mmenyebarkan risalah percuma sebagai bacaan untuk mempertingkatkan syiar Islam.
4.Berdakwah dengan mengembangkan ajaran Islam kepada bukan Islam.
5.Membiayai pendidikan sekolah Islam persendirian.
6.menyediakan pusat bimbingan kaunseling remaja dan saudara baru.
7.Membiayai kelas AlQuran.
8.Mengadakan program kebudayaan dan kerohanian kearah pembangunan intelek.
9.Mengadakan biasiswa,bantuan pelajaran,tabung kebajikan,khairat kematian bagi mengurangkan kesusahan mereka yang memerlukan.
10.Mewujudkan ukhuwah Islamiyah dan Ikatansilaturrahim dikalangan warga Matri,ibubapa,anggota masyarakat setempatinstitusi kerajaan dan individu yang menyokong pembangunan serta perpaduan Islam
11. Membantu pelajar fakir miskin / yatim piatu untuk membayar yuran pengajian di Matri.
.

BAGAIMANA ANDA BOLEH TURUT SAMA MEMBANTU KAMI 

1. MENAJA MAJLIS MENYAMBUT JUBLI PERAK 1987 - 2013.
(Sdr.Munaim 019-5970905)

2. MEMBELI SET MEJA MAKAN JAMUAN MAKAN MALAM SAMBUTAN JUBLI PERAK. (Sdr. Zaini 019-4803708)

3. MEMBAYAR ZAKAT (CUKAI PENDAPATAN) KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM PERLIS MELALUI WAKIL KAMI.
( Hj.Khairul Anwar 013-5285443)
Sekiranya setiap tahun tuan membayar cukai pendapatan..Contohnya..Purata cukai pendapatan dikenakan kepada tuan sebanyak lkurang RM6,000++.Biasanya tuan akan membayar jumlah yang dikenakan terus kepada akaun bank cukai pendapatan. Kali ini ubah sikit bayaran tersebut disertakan surat drp pihak kami.Jadi tuan sediakan RM 5,000 dan buat cek berpalang atas nama "MAJLIS AGAMA ISLAM PERLIS"  Hantar Cek berpalang kepada kami untuk kami serahkan kepada pejabat zakat atau tuan bankin terus kepada pejabat zakat perlis. Setelah l/k seminggu resit bayaran dikeluarkan dan kami akan menghantar resit tersebut kepada pihak tuan .Resit bayaran tersebut boleh dikemukakan dalam Cukai Pendapatan akan datang . Pihak tuan hanya perlu membayar baki sebenar sahaja yang berjumlah l/k RM1000++ kepada pejabat Cukai Pendapatan. 
Pihak Majlis Agama Islam Perlis biasanya akan mengeluarkan 50% drp. zakat tuan kepada MATRI sebagai pengurus bagi kegiatan fisabilillah , dakwah dan bantuan pelajar fakir miskin dsb.nya.Jadi dengan cara ini pihak tuan telah turut sama membantu menyalurkan zakat kepada asnaf-asnaf yang memerlukan.
Maklumat lanjut hubungi Hj.Khairul Anwar Husin  013-5285443.

Pihak lembaga Tadbir Matri melihat keperluan untuk menggantikan asrama pelajar yang berdinding kayu terutamanya Asrama Pelajar Huffaz. Kejadian asrama terbakar yang melibatkan keselamatan nyawa pelajar spt.dipapar di dada akhbar menjadikan pembinaan bangunan baharu asrama pelajar amat diutamakan.Segala sumbangan tuan-tuan akan dikumpul bagi menjayakan perancangan seperti Pelan cadangan Pembangunan MATRI 2013-2020.

PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN MATRI 2013-2020 
Projek membina 3 blok bangunan 4 tingkat untuk asrama pelajar puteri, putera , Sekolah Rendah (A) Seri Melati dan Sebuah Dewan Serbaguna. Kos dianggarkan RM10 juta.





PROJEK AJRUN. ( Projek Amal Jariah untuk pembangunan MATRI)
  

  

SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK (1987-2013) YANG AKAN DIADAKAN PADA 29/8/2013 hingga 1/9/2013 DISENARAIKAN NO.TELEFON /TEMPAT PENGINAPAN UNTUK TETAMU DRP. LUAR PERLIS UNTUK DIHUBUNGI:

BILIK PENGINAPAN / HOMESTAY.(l/k 5km sekitar MATRI)

KAK JUMA 017-5143788
KU JAM (BAKRI AIS) 012-4946896
SANIHAH 013-4304026
NORAINI UITM  019-4111953
Homestay PAK MUD PDG PAUH 019-5291549 
 IZZURA homestay : 019-4113554/ 019-4753554 
 Lavender Homestay FAZIL 012-9151875 
Homestay Cikgu Sabri bin Jusoh:Phone

MUNAIM 019-5970905 * untuk tetamu khas


SILA KLIK GAMBAR 

  Himpun Kasih, Homestay De KampungHomestay  BESERI tel: 012-5366997 @ 019-4949997 (Hjh. Wan Maznah)
Inai Putih Enterprise INAI PUTIH, SIM.EMPAT, ABI tel: Mr Azizan Nayan 019-4817652/ 012-3457133

SRI SANTAN tel :  FADZELI SALLEH ( 012-4545492 )
Homestay Haz Melati, Beseri, Perlis  - ThumbnailHomestay HAZ MELATI2 tel : Kak Ani 012-4778722 Pak Man 012-4013906 


 Santan Indah Homestay  - ImageHomestay di Santan : Fadzeli – 0124545492
 Penginapan di Kampung Padang Pauh, Kangar  - ImageNur Anis Pdg Pauh Homestay:Phone
 Pak Yop Homestay D Kangar  - ImagePak Yop Homestay : Phone


NO.TEL HOTEL SEKITAR PERLIS.
http://perlis.attractionsinmalaysia.com/Accommodation.phphttp://perlis.attractionsinmalaysia.com/Accommodation.php
1.  PUTRA PALACE 04-9767755 (KANGAR)
2.  SRI KAYANGAN INN 04-9768121 (KANGAR)
3.  HOTEL SERI MALAYSIA 04-9771777 (KANGAR)
4.  PAUH INN POLITEKNIK PAUH 04-9777755 (ULU PAUH/ARAU)
5.  ASRAMA BELIA KANGAR 04-9793505 (KANGAR)
6.  METRO INN +604-98 66 555 (ARAU)

7.  TASOH LAKE RESORT 04-7349999 (BESERI)

BAGI YANG INGINKAN PENGINAPAN PERCUMA, PIHAK MATRI JUGA MEMBENARKAN MENGINAP DI KELAS-KELAS PELAJAR NAMUN KEPERLUAN TEMPAT TIDUR/KEMAH PERLU DIBAWA SENDIRI.

UNTUK PENGINAPAN TETAMU/JEMPUTAN KHAS 
TEL :012-4771448 Pn.Chempawan/012-4771544 Abdul Rashid

PETA LALUAN KE MATRI




PETA KOMPLEKS MATRI




RUJUKAN GOOGLE MAP  KE   MATRI
ZOOM PETA DI SINI..

View My Saved Places in a larger map






Thursday, March 22, 2012

Projek Bangunan baharu Sekolah Rendah Islam Seri Melati


Alhamdulillah, bangunan baharu 4 tingkat telah berjaya disiapkan dengan kos RM 1.1 juta. ..Kini pelajar dan guru telah memulakan sesi persekolahan 2012 di persekitaran yang lebih selesa. Kos pembinaan bangunan ini hasil derma dan sumbangan oleh guru-guru, ibubapa pelajar, para dermawan dan Jabatan agama Islam Perlis. Bagaimanapun kita hanya mampu mengumpul RM 800K sahaja bermakna sekolah masih berhutang dengan pihak kontraktor sebanyak RM300k. Sehubungan itu pihak sekolah amat mengalualukan para dermawan meneruskan sumbangan kepada projek sekolah ini bagi menyelesaikan baki yang masih tertangguh. Pengorbanan para dermawan amat dihargai semuga Allah sahaja yang membalasnya. Para dermawan ini ada diantaranya bukanlah golongan yang kaya tetapi mereka lebih mengutamakan kehidupan di akhirat berbanding nikmat kehidupan di dunia yang sementara sahaja. Marilah kita tingkatkan saham untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat dengan menyumbangkan kepada tabung
"DANA PEMBANGUNAN SRIM" no.akaun BANK MUAMALAT:09010001817713
hubungi sekretariat En.Zaini Samsuddin tel 019-4803708.
atau terus kepada Guru Besar SRIM En.Ishak Osman 04-9381289 (h/p:012-5672603).

Thursday, December 8, 2011

Keperluan Kewangan Segera untuk Penyelenggaraan MATRI

Assalamualaikum..
Utz. Mahathir memaklumkan bahawa keperluan kewangan penyelenggaran Matri spt berikut.
1. Baikpulih wiring bawah surau : RM 20K
2. Cat luar asrama puteri : RM 3 k
3.Cat luar asrama blok E :RM4k
4. Baiki bumbung dan tangga blok C : RM8K
5. Baiki lantai dewan makan putra/putri :RM20K
6.tambahan bilik air surau : 10k
7. Kelengkapan asrama (almari/katil/tilam: RM10K
Jumlah diperlukan RM85K
Para dermawan yang budiman yang berkemampuan boleh hubungi saya 012-4771544 atau UTz Mahathir 019-4341841.

Monday, August 15, 2011

Ramadhan bulan penuh kerahmatan

RAMADAN menawarkan pelbagai tawaran dan ganjaran untuk mereka yang beriman. Sebab itu Ramadan dikenali sebagai bulan ibadah iaitu hanya mereka yang beriman tahu menghargai akan kelebihan Ramadan.
Justeru, mereka mempertingkatkan amalan baik mereka seperti bersedekah, tarawih, qiamullail, membaca al-Quran, berzikir dan pelbagai amalan baik yang lain pada bulan mulia ini.
Pada hakikatnya, persiapan material pada bulan Ramadan ini bukan sekadar untuk membe
li pakaian baru atau bekal perjalanan pulang ke kampung atau juga untuk membeli kuih-muih Aidilfitri. Lebih penting daripada itu ialah membuat kebajikan dengan bersedekah. Imam al-Tarmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: �Sedekah apakah yang paling utama?� Baginda menjawab, �Seutama-utamanya sedekah adalah di bulan Ramadan.�
Rasulullah s.a.w., pada bulan Ramadan ini sangat dermawan dan pemurah. Sesuai dengan bulan Ramadan yang mulia ini, kita disaran agar memperbanyakkan sedekah walaupun sekadar sebiji kurma ataupun seteguk air.
Islam memandang harta adalah milik Allah yang hanya diamanahkan kepada kita untuk digunakan dan diurus secara bijaksana meskipun ia merupakan hasil keringat sendiri pastinya bukan sebagai hak mutlak kita.
Kesempatan inilah yang seharusnya
diraih oleh mereka yang berkemampuan untuk bersedekah, khususnya pada bulan Ramadan kerana dijanjikan pahala yang berlipat ganda. Maka rebutlah peluang yang hanya tinggal beberapa hari lagi untuk kita mempertingkatkan amalan kita. Kepada mereka yang ingin menyumbang (infaq) untuk menambah tabungan pembinaan bangunan yang masih memerlukan RM 1 juta lagi untuk disiapkan. Sekiranya tuan/puan ingin berinfaq dengan cek bolehlah menulis atas nama "SEK REN AGAMA SERI MELATI" seperti cek yang tertera di atas. Serahkan cek tersebut kepada Guru Besar En Ishak Osman Tel pejabat 04-9381289 atau hp:012-5672603.

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “.

Surat Al-Munafiqun: Ayat 10


Gambar diambil pada 14/8/2011.
Alhamdulillah..hampir 90% dinding telah siap manakala kerja seterusnya adalah membina bumbung dan perparitan keliling bangunan.


Saturday, August 6, 2011

OGOS 2011

alhamdulillah..lihatlah bangunan baharu sekolah kita...hasil sumbangan anda semua...kini bata dinding hampir 70% siap manakala di tingkat 1 & 2 telah dipasang pintu & tingkap. InsyaAllah seperti dirancang ia dapat menempatkan 16 bilik darjah pelajar peringkat sekolah rendah.

Sunday, July 17, 2011

JULAI 2011


Laporan bergambar pembangunan bangunan 4 tingkat (16/Julai/ 2011)

Kerja-kerja pembinaan diteruskan ke tingkat 4.
Di tingkat bawah(tingkat 1)telah mula dibina dinding bata, sistem pendawaian elektrik, dan kerangka pintu. Lokasi tangga terletak di bhg tepi bangunan telah siap dibina dengan kecerunan yang bersesuaian.
Sistem pendawaian elektrik di dalam paip berkonkrit untuk lampu,kipas dan lain-lain soket. Di tingkat 2 dan 3 telah dimulakan kerja dinding bata dan memasang kerangka pintu dan tingkap yang diperbuat dari besi. Kerangka besi ini dapat mengelakan masalah dimakan anai-anai, frame kecut dan lasak. Di tingkat empat telah disiapkan lantai dan tetulang konkrit untuk dibina bumbung.



Susunan bata yang diletak di bahagian lantai koridor tingkat 2.





Pendawaian elektrik siap ditanam dalam konkrit.








Tingkat 4. Telah siap Tetulang Konkrit untuk dibina bumbung.






.
Kecerunan tangga yang bersesuaian